fbpx

Gila konten, Baim sengaja tolak isteri sampai jatuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAIM WONG

KONTROVERSI permohonan cerai pelakon Baim Wong terhadap isterinya, Paula Verhoeven yang difailkan pada 7 Oktober lalu semakin hangat dibincangkan peminat.

Masing-masing juga sudah terpecah kepada dua kem (kumpulan), sama penyokong Baim yang mendakwa ada kecurangan atau menyebelahi Paula.

Kemudian beberapa temu bual lama ‘dikorek’ kembali netizen yang menyokong Paula termasuk satu kejadian di rumah mereka.

Rata-rata mendakwa demi konten untuk media sosial, Baim sengaja menolak Paula sehingga terjatuh.

Lebih kasihan apabila terdapat satu anak tangga seperti diperbuat daripada kayu menimpa wanita itu, sekali gus membuatkan peminat meninggalkan komen kecaman terhadap Baim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI