fbpx

[VIDEO] Mak mak ‘tap screen’ rahsia ‘live’ Fattah Amin dapat lebih 26 juta tanda suka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar golongan 'mak mak' sibuk menekan skrin paparan telefon masing-masing bagi menyumbang tanda suka pada siaran langsung Fattah Amin.

PETALING JAYA – Setelah bergelar duda, pelakon dan penyanyi Fattah Amin semakin menjadi pujaan ramai wanita apabila siaran langsungnya baru-baru ini mendapat lebih 49,000 tontonan.

Lebih terkejut lagi, bukan sahaja wanita muda malah peminatnya juga terdiri daripada golongan ‘mak mak’ yang mengibaratkan Fattah seperti anak sendiri.

Situasi itu boleh dilihat menerusi video dimuat naik seorang aktivis sosial, Zuraini Kamal di TikToknya.

Kelihatan rakan-rakannya yang berusia sekitar 40-an sibuk menekan skrin paparan bagi menyumbang tanda suka dalam siaran langsung Fattah Amin sehingga mencecah 26 juta pada waktu itu.

Ada juga di antara mereka menghadiahkan ‘gift’ bagi menunjukkan sokongan kepada bekas suami Fazura itu.

“Bila Fattah Amin ‘single’ dan ‘available’. Cepat-cepat tekan tekan screen,” katanya dalam video itu.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang terhibur dengan pelakuan golongan ‘mak mak’ itu sekali gus memberi komen positif atas sokongan yang diberikan itu.

“Mak mak ni bukan apa.. Mereka lebih pada kesian dekat Fattah. Rasa macam anak sendiri,” komen Puan Siti.

“Jangan salah faham. Mak mak ni semua bukan nak dekat Fattah. Mereka anggap Fattah macam anak. Bagi sokongan dan tanda kasih sayang macam tu,” komen Pek Nga.

“Mereka beri sokongan seperti seorang Ibu memberi sokongan kepada anaknya dan seperti kakak memberi sokongan kepada adiknya. Jangan di salah-ertikan,” komen Mila Hasan pula.

Terdahulu dalam siaran langsung di aplikasi berkenaan, Fattah memaklumkan bahawa dia sempat menjenguk anaknya, Fatima walaupun sekejap.

Bagaimanapun katanya, anak tunggal perempuannya itu tidak sihat.

Pada 7 Oktober lalu, Fattah Amin dan isterinya Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari, Shah Alam selepas mendirikan rumah tangga selama tujuh tahun.

Fazura dan Fattah telah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4,. – KOSMO! ONLINE

@zurainikamalcsm bila Fatah Amin Single and Available #fattahamin @fattahamin ♬ original sound – Zuraini Kamal CSM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI