KES mahkamah membabitkan anak pelakon Nikita Mirzani, Laura Meizani atau Lolly sudah memasuki fasa baharu apabila keputusan laporan perubatannya sudah dikeluarkan pihak hospital.
Sebagai individu pertama yang diberikan peluang membaca laporan tersebut, Nikita yang juga penyanyi dan pengacara tidak mampu menyembunyikan kemarahan.
Biarpun tidak mendedahkan keadaan anak gadis berusia 16 tahun itu, difahamkan wujud tanda-tanda pemerkosaan dan pengguguran kandungan dalam laporan berkenaan.
Dalam laporan sebelum ini, Nikita mendakwa kekasih anaknya, Vadel Badjideh, 19, melakukan pemerkosaan dan menyuruh Lolly yang masih bawah umur menggugurkan kandungannya.
Peguamnya Fahmi Bachmid memaklumkan Nikita sangat kecewa sehingga mahu mengambil tindakan sendiri andai Vardel terlepas hukuman.
Pempengaruh berusia 19 tahun itu dibawa ke mahkamah atas pertuduhan pelanggaran Undang Undang Kesehatan dan Undang Undang Perlindungan Anak.