fbpx

Marshanda kembali bertubuh ideal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARSHANDA

MELALUI fasa obesiti selama bertahun-tahun, penyanyi dan pelakon Marshanda akhirnya kembali ke bentuk tubuh ideal pada usia 35 tahun.

Bintang Puteri Yang Terbuang itu mengakui menjalani ‘intermittent fasting’ atau diet IF yang dijalani membolehkannya hilang berat badan sebanyak 21 kilogram (kg) dalam tempoh setahun.

Kata Marshanda, semangat untuk kembali kurus semakin membara selepas menandatangani satu projek yang mensyaratkannya untuk tampil langsing.

“Tuntutan peranan dalam kontrak antaranya harus turun 15 kg pada waktu itu iaitu setahun yang lalu tetapi akhirnya selepas setahun sasarannya menunjukkan hasil luar biasa,” katanya.

Begitupun, ibu tunggal anak satu itu terlebih dulu mendapatkan nasihat pakar pemakanan sebelum berbelas jam berpuasa.

Bahkan, selain menjaga pengambilan kalori setiap hari, Marshanda juga melakukan senaman tanpa culas sehingga ke hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI