fbpx

Najib diberi amaran tegas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diberi amaran tegas oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini agar tidak mengulangi memuat naik dalam Facebooknya mengenai bekas gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Hakim Collin Lawrence Sequerah, memutuskan demikian selepas mendengar hujah kedua-dua belah pihak mengenai isu itu.

Dalam penghakiman ringkasnya, Collin berkata Anggota Parlimen Pekan itu tidak boleh membuat pernyataan yang berkaitan dengan perbicaraan “seolah-olah perbicaraan itu berada di tempat terbuka”.

“Kenyataan yang telah dibuat Zeti (dalam temu bual) tidak membenarkan tertuduh dalam kes ini bertindak balas melalui Facebooknya. Apa yang dinyatakan oleh tertuduh dalam hantaran dapat dilihat, secara keseluruhan, sebagai serangan terhadap saksi. Oleh itu mahkamah mengeluarkan amaran tegas untuk tidak mengulangi tindakan itu,” kata Hakim Collin.

Tambah Collin, mahkamah akan mengambil tindakan yang diperlukan untuk melindungi integriti mahkamah.

Terdahulu, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyatakan bahawa hantaran Facebook Najib adalah tindak balas terhadap kenyataan Zeti yang dibuat dalam dua artikel yang disiarkan dalam talian.

Menurut Muhammad Shafee, kenyataan Zeti dirakam kerana dia adalah sebahagian daripada pasukan petugas khas 1MDB yang menyiasat skandal yang melibatkan dana kekayaan negara.

Selasa lalu, pihak pendakwaan dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini memohon agar Najib Tun Razak dikenakan tindakan tegas kerana `menyerang’ saksi.

Ini kerana Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi di sini bahawa Najib telah memuat naik hantaran di akaun Facebook pada 29 Disember lalu berkaitan salah seorang saksi pendakwaan iaitu Zeti.

Hantaran bertarikh 29 Disember 2020 telah mengaitkan Zeti dan ahli keluarganya menerima wang sejumlah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Perbicaraan kes itu bersambung lagi pada 8 Februari ini.K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI