fbpx

Kegagalan sistem aliran longkang punca tanah runtuh di Taman Melawati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander.

AMPANG – Kegagalan sistem pengaliran longkang menjadi punca kejadian tanah runtuh di Taman Melawati, di sini, pagi tadi.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sebanyak empat buah rumah dan sebuah kereta telah dikenal pasti terkesan akibat kejadian gelinciran tanah itu.

“Saya telah dimaklumkan mengenai kejadian tanah runtuh yang dilaporkan berlaku di Taman Melawati pagi tadi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Semakan awal juga mendapati aliran air berpunca dari kegagalan sistem pengaliran longkang di Jalan G2, Taman Melawati yang tersumbat,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Kata beliau, Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) JKR telah mengeluarkan amaran tahap Bahaya kepada JKR Daerah Gombak dan Hulu Langat, semalam.

Tambah beliau, amaran itu dikeluarkan pada pukul 4.37 petang bagi mengambil langkah berjaga-jaga.

“Amaran awal ini juga telah dipanjangkan kepada wakil pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya semalam.

“Saya memohon semua penduduk untuk mematuhi segala arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI