fbpx

Cuma Ferguson mampu selamatkan MU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERGUSON (kanan) digesa mengambil alih United hanya untuk semusim sekiranya Ten Hag dipecat pihak pengurusan selepas ini. - AFP

MANCHESTER – Legenda bola sepak England, Paul Gascoigne melontarkan idea gila apabila mencadangkan bekas pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson untuk kembali mengemudi pasukan itu.

Beliau berkata, Ferguson perlu keluar daripada persaraan dan mengambil alih pasukan daripada Erik ten Hag hanya untuk tempoh semusim bagi mengembalikan kegemilangan skuad The Red Devils.

Pada ketika ini, United berada dalam situasi cukup membimbangkan apabila menghuni tangga ke-14 Liga Perdana Inggeris (EPL), hanya lima mata dibezakan dengan pasukan di tempat ke-18, Crystal Palace di zon penyingkiran.

“Untuk mengikut jejak langkah Alex Ferguson, ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana ramai antara mereka seperti Jose Mourinho dan David Moyes tidak bertahan lama. Cuba lihat Ten Hag, saya rasa kasihan kepadanya.

“Impian saya adalah untuk melihat Ferguson kembali mengambil alih pasukan untuk tempoh semusim dan tengok apa beliau lakukan kepada pemain-pemain itu. Saya fikir pemain-pemain tidak menghormati Ten Hag,” kata Gascoigne.

Bagaimanapun, beliau tetap realistik bahawa perkara itu sukar untuk berlaku selain meramalkan bekas pengurus England, Gareth Southgate bakal menjadi pilihan United sekiranya Ten Hag ditunjukkan jalan keluar.

“Sekiranya United benar-benar melepaskan Ten Hag, saya hanya nampak Gareth (Southgate) untuk mengambil alih kerusi panas itu. Apabila bergelar bekas penguru England, anda sentiasa mendapat peluang terbaik,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI