fbpx

Kanak-kanak GISBH alami kecelaruan kognitif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seramai 108 kanak-kanak berusia tujuh tahun ke atas yang diselamatkan dalam Op Global baru-baru ini mengalami masalah kecelaruan kognitif.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 7.70 peratus dikesan mengalami kecelaruan kognitif teruk.

“Sebanyak 20.26 peratus pula menunjukkan kecelaruan kognitif sederhana, manakala selebihnya tidak mengalami masalah tersebut.

“Sebanyak 56.3 peratus daripada keseluruhan 558 yang diselamatkan mengaku mereka pernah bersekolah sama ada di sekolah kebangsaan, aliran agama kerajaan, agama atau pusat dikendalikan GISB Holdings (GOSBH) atau tempat tinggal mereka.

“Seramai 94.3 peratus mengaku memiliki sekurang-kurangnya seorang ibu atau bapa kandung, manakaal 5.7 peratus lagi tiada maklumat ibu bapa,” katanya pada Sesi Penerangan Menteri Berkenaan Isu Kebajikan Kanak-Kanak Yang Diselamatkan Dalam Op Global Membabitkan GISB di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Nancy memberitahu, sebanyak 51.6 peratus kanak-kanak tersebut mempunyai berat badan bawah paras BMI sihat, manakala 2.7 peratus lagi kategori obesiti dan berat badan normal (46.1 peratus).

Tiga daripada mereka adalah pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU), manakala 27 lagi kanak-kanak mempunyai simptom OKU.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan matlamat akhir kementeriannya bagi penempatan dan penjagaan kanak-kanak tersebut adalah kembali ke pangkuan keluarga.

Namun, jelasnya, sebelum perkara itu boleh direalisasikan, pelbagai perkara perlu dinilai dan dipertimbangkan demi kepentingan terbaik kanak-kanak terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI