fbpx

Bomba siap siaga hadapi fenomena air pasang besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Hisham bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Kenderaan Rasmi Proton kepada JBPM Sempena Penganjuran IFCAA. IFCEM dan MIREC 2024 di Pekarangan Ibu Pejabat JBPM, Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengeluarkan arahan kepada anggotanya di seluruh negara bagi memantau kawasan rendah pantai susulan fenomena air pasang besar yang diramal mulai esok.

Ketua Pengarahnya, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, arahan itu dikeluarkan susulan kemuncak air pasang besar terutama di negeri-negeri Pantai Barat.

Beliau berkata, pihaknya juga akan memantau rapat Sungai Kelang di Lembah Kelang khususnya kenaikan paras air yang boleh menyebabkan banjir kilat.

“Jadi kita harap tidak berlaku hujan lebat yang menyebabkan banjir berlaku,” katanya pada sidang akhbar di Majlis Penyerahan Kenderaan Rasmi Proton kepada JBPM sempena IFCEM 2024 di sini, hari ini.

Katanya, arahan sama turut dikeluarkan kepada negeri yang sedia banjir seperti Kedah, Perak dan Perlis serta Selangor supaya tindak balas segera dapat dilakukan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI