fbpx

Pergerakan terbatas, Zii Jia tarik diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII JIA terpaksa menarik diri daripada menyertai Terbuka Denmark disebabkan kecederaan dialami di Finland. - AFP

BAGI memastikan kecederaan tidak bertambah serius, perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menyertai Kejohanan Badminton Terbuka Denmark yang membuka tirainya hari ini.

Situasi itu selepas dia mengalami kecederaan buku kali pada kaki kirinya ketika tewas kepada pemain Jepun, Koki Watanabe dalam aksi suku akhir kejohanan Terbuka Arctic di Vantaa, Finland minggu lalu.

Justeru, keputusan Zii Jia menarik diri menyaksikan bekas juara Asia dan All England itu terlepas peluang untuk mengulangi pencapaian musim lalu mara ke perlawanan akhir sebelum bergelar naib juara.

Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) menerusi satu kenyataan menjelaskan, pemain berusia 26 tahun itu sudah pun tiba di Odense, Denmark pada Ahad lalu dan menjalani latihan, namun pergerakannya agak terbatas akibat kecederaan tersebut.

“Selepas tiba di Odense, harapan dan perancangan adalah kekal untuk Lee Zii Jia beraksi dalam kejohanan Terbuka Denmark meskipun dia mengalami kecederaan buku lali ketika suku akhir Terbuka Arctic.

“Zii Jia menjalani latihan di gelanggang hari ini (kelmarin) tetapi rasa tidak selesa pada buku lali menyebabkan pergerakannya terbatas. Dengan berat hati, Zii Jia terpaksa menarik diri daripada Terbuka Denmark kali ini,” kata Team LZJ.

Terdahulu, pada aksi suku akhir Terbuka Arctic, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu dipaksa mengerah segala kudrat sehingga menyebabkan dia tercedera sebelum tewas 15-21, 21-13, 12-21 kepada Watanabe dalam tempoh 66 minit.

Sebagai rekod, pemain No. 4 dunia itu sudah pun mengumpul dua kejuaraan pada saingan musim ini selepas memenangi Terbuka Australia Jun lalu serta Terbuka Thailand yang berlangsung Mei lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI