fbpx

GISBH: Siasatan dapati Aurad Muhammadiah masih diamal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution.

KUALA LUMPUR – Kepercayaan Aurad Muhammadiah yang diwarisi sejak era Al-Arqam masih diamalkan oleh ahli dan pengikut GISBH Holdings (GISBH).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu diperoleh hasil pengakuan individu yang ditahan oleh pihak berkuasa baru-baru ini.

“Terdapat pengakuan bahawa amalan terhadap ajaran Aurad Muhammadiah masih dilakukan dalam kalangan (ahli) yang ditangkap dan disiasat.

“Jadi kalau pun kenyataan di luar mereka tidak lagi mengamalkan itu, itu kenyataan mereka.

“Kita hanya akan bercakap berasaskan kepada butiran dan dapatan siasatan,” katanya pada sesi Penerangan Menteri mengenai Perkembangan dan Tindakan di Peringkat Kementerian Dalam Negeri berkaitan GISBH di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Saifuddin memberitahu, pihak berkuasa akan mengambil tindakan bagi menjejaki dan mendapatkan semula aset kumpulan itu di luar negara.

Jelas beliau,, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pula akan menyelesaikan isu nasab anak-anak kumpulan tersebut mengikut setiap kes yang dikendalikan.

“Siasatan entiti di luar negara akan diperluaskan. Pihak polis sudahpun menghubungi negara-negara berkenaan dengan kita mengguna pakai ‘mutual legal agreement’ bagi memudahkan kerjasama dibuat.

“jPN akan mengesan susur jalur bagi mengelakkan masalah nasab ke depan nanti kerana kompleksnya apabila anak-anak ini ditinggalkan dalam keadaan tidak mengenali susur galur keluarga,” katanya.

Tambah beliau, usaha tersebut akan dilakukan oleh pakar-pakar psikologi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Ini melibatkan peranan besar ribuan anggota polis dan pegawai kerajaan di peringkat kementerian dalam memperhalusi isu ini satu persatu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI