fbpx

Perkhidmatan LRT di Stesen Wangsa Maju, Gombak kembali pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya di antara Stesen Wangsa Maju dan Stesen Gombak telah kembali pulih pada pukul 3.30 petang tadi.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Raild) dalam satu kenyataan berkata, kerja-kerja baik pulih sementara sistem komponen landasan telah selesai dijalankan oleh pasukan kejuruteraan Rapid Rail.

“Pihak operasi telah menjalankan ujian terhadap sistem dan komponen landasan bagi memastikan perkhidmatan laluan ini boleh beroperasi semula mengikut piawaian keselamatan.

“Walaubagaimanapun, pihak kejuruteraan dan operasi akan terus memantau kestabilan sistem bagi memastikan kelancaran operasi tren,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rapid Rail turut berterima kasih kepada penumpang di atas kesabaran sepanjang gangguan perkhidmatan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI