fbpx

Porsche langgar syarat duti kastam disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail (kiri) menunjukkan kereta mewah jenis Porsche 982 Cayman GT4 RS yang disita kastam di Kompleks JKDM negeri, Kangar hari ini.

KANGAR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyita tiga kenderaan termasuk sebuah kereta mewah jenis Porsche 982 Cayman GT4 RS yang dianggarkan bernilai RM1 juta dalam tiga operasi berasingan di negeri ini, baru-baru ini.

Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim berkata, tiga kenderaan tersebut disita kerana melanggar syarat pengecualian duti kastam di bawah Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017.

“Operasi pertama dilakukan pada pukul 1 tengah hari, 26 September lalu apabila penguat kuasa memeriksa ke kereta jenis Mazda 2.0 Sedan Skyactiv bernombor pendaftaran pulau bebas cukai di Pejabat Kastam Kuala Perlis.

“Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut telah berada di Kawasan Utama Kastam (KUK) melebihi 90 hari tanpa kebenaran pegawai kanan kastam. Kenderaan itu dianggarkan bernilai RM50,000 dengan cukai yang terlibat berjumlah RM78,500,” katanya di sini hari ini.

Dalam operasi kedua yang diadakan pada pukul 3 petang hari sama, JKDM menyita sebuah Toyota Camry bernilai RM55,000 selepas didapati melanggar syarat pengecualian duti kastam sebanyak RM86,570,” jelasnya.

Menurut Ismail, dalam operasi ketiga pada pukul 6.20 petang, 1 Oktober lalu, JKDM menyita sebuah kereta mewah jenis Porsche 982 Cayman GT4 RS.

Katanya, ia didapati melanggar syarat pengecualian duti kastam setelah ditemui berada di kawasan KUK melebihi tempoh yang dibenarkan di Kompleks JKDM Perlis.

“Kenderaan tersebut dianggarkan bernilai RM1 juta dan melibatkan cukai sebanyak RM1,931,500. Seorang suspek lelaki turut ditahan untuk membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI