fbpx

Lelaki maut dibaham harimau di Gerik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GERIK – Seorang lelaki maut dipercayai dibaham harimau di sebuah rumah kongsi di Kilometer 79.2, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini hari ini.

Mayat lelaki tempatan berusia 54 tahun itu dijumpai kira-kira 100 meter dari rumah kongsi yang didiaminya bersama isteri warga Thailand.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, kejadian serangan harimau itu dipercayai berlaku antara pukul 5 hingga 6 pagi tadi ketika mangsa pergi ke tandas.

Katanya, isteri mangsa mendakwa terdengar bunyi ngauman harimau dan sebaik sahaja pintu rumah kongsi dibuka, dia melihat suaminya diseret haiwan liar tersebut ke kawasan semak.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota Balai Polis Bersia dibantu pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Gerik serta 10 anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pergi ke lokasi kejadian

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan menemukan mangsa pada pukul 12 tengah hari dengan kecederaan parah pada kaki kiri dan leher.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi. Mayatnya dihantar ke Hospital Gerik untuk dibedah siasat dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI