fbpx

Tulis puisi untuk Fatima, Fazura puji kematangan Puteri Balqis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Fazura menyifatkan Balqis seorang pelakon yang bijak dan matang.

PETALING JAYA – “Terima kasih adikku Puteri Balqis.”

Itu antara kata-kata yang dititipkan aktres, Nur Fazura kepada pelakon, Puteri Balqis selepas dia menghasilkan sebuah puisi untuk anaknya, Fatima Aisya baru-baru ini.

Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin terharu dengan setiap doa dan kata-kata positif yang dihasilkan untuk Fatima.

“Masya-Allah tabarakAllah. Kata-kata yang baik daripada seorang perempuan muda dan bijak.

“Terima kasih mendoakan yang baik-baik buat kami khususnya anakanda Fatima. Sikap yang sangat terpuji,” katanya dalam ruangan komen.

Bintang filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu juga turut mendoakan agar Puteri Balqis terus maju dalam setiap perkara yang dilakukan.

“Semoga Balqis terus kuat dan berjaya di dunia dan akhirat, amin,” katanya lagi.

Komen yang meraih lebih 6,500 tanda suka itu turut mengundang respons positif daripada netizen.

Rata-rata turut mendoakan Fazura juga terus kuat menghadapi setiap dugaan hidup termasuk perceraian dengan Fattah baru-baru ini.

Terdahulu, Balqis menyorot perhatian ramai apabila berkongsi luahan hati buat Fatima dan berharap anak kecil berusia empat tahu itu cekal serta tabah mengharung perceraian ibu bapanya.

Balqis turut mengucapkan terima kasih buat Fazura dan Fattah kerana telah membesarkan anak mereka dengan baik.

Fattah dan Fazura bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI