fbpx

Individu buang bayi di Pantai Paka diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi lelaki yang ditemui di Pantai Paka, Dungun semalam.

DUNGUN – Polis sedang giat memburu individu bertanggungjawab membuang bayi hampir digigit anjing di Pantai Paka di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, pemeriksaan perubatan mengesahkan bayi lelaki yang dijumpai pada pukul 1.30 petang tersebut baru berusia sehari.

“Bayi tersebut seberat 2.01 kilogram dengan ukuran panjang 44 sentimeter dan dia dilahirkan sewaktu 36 minggu tiga hari di dalam kandungan.

“Keadaan sihatan dan tiada kecederaan fizikal. Bayi itu kini ditempatkan di Wad Pakar Kanak-kanak Hospital Kemaman untuk menerima rawatan,” katanya di sini hari ini.

Maizura berkata, bayi tersebut akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI