fbpx

Pengikut GISBH yakin selamat di alam kubur kerana syafaat Abuya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na'im

KUALA LUMPUR – Pengikut GISBH Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) yakin mereka akan selamat di alam kubur kerana dibantu syafaat Abuya Ashaari Muhammad untuk menjawab soalan malaikat Munkar Nakir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, perkara itu antara penyelewengan akidah, syariah dan akhlak, tasawuf atau muamalat yang dikenal pasti menerusi sesi temu bual bersama saksi.

“Penyelewengan akidah yang dikenal pasti ialah mereka meyakini bakal munculnya Imam Mahdi, merujuk kepada Syeikh Suhaimi yang ghaib selama ini.

“Fata At-Tamimi (Pemuda Bani Tamim) merujuk kepada Abuya Ashaari Muhammad yang juga ghaib dan akan muncul bersama Imam Mahdi iaitu Syeikh Suhaimi sebagai pembantunya di akhir zaman nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Penerangan Menteri mengenai Perkembangan dan Tindakan di Peringkat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkaitan isu GISBH di Dewan Rakyat hari ini.

Mohd. Na’im berkata, berhubung penyelewengan syariah, jemaah didoktrin untuk memohon keberkatan bukan lagi kepada Abuya tetapi kepemimpinan seperti Ahli Lembaga Pengarah.

Menurut beliau, Ahli Lembaga Pengarah itu yang dilantik serta melaksanakan solat jamak setiap hari dan tidak melaksanakan solat Jumaat.

Kata beliau, amalan bertabarruk pula mengharapkan berkat Allah S.W.T dengan perantara melalui air basuhan tangan, tisu dan kain digunakan pemimpin, air rendaman baju, rambut, janggut dan darah bekam pimpinan serta bekas pimpinan.

“Pasangan yang ditentukan untuk berkahwin perlu melalui pelaksanaan dua kali akad perkahwinan.

“Masing-masing akad perkahwinan syarie diakadkan pemimpin berwakilkan wali dan akad perkahwinan secara perundangan oleh pendaftar nikah atau imam dilantik Jabatan Agama Islam negeri,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI