fbpx

[VIDEO] Nahas UiTM Dungun: Pemandu SUV dituduh cubaan membunuh Ammar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norizan (dua dari kiri) dihadapkan atas pertuduhan cubaan membunuh Muhammad Ammar Danish di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Suri rumah yang melanggar empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun pada Rabu lalu dihadapkan sekali lagi dalam pertuduhan cubaan membunuh salah seorang mangsa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Norizan Ismail, 49, sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan cubaan membunuh terhadap Muhammad Ammar Danish Mohammad Ridhuan, 20.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu Jalan Pantai pada pukul 7.30 malam, 9 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan (KK) memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun serta denda jika sabit kesalahan.

Hukuman penjara boleh ditingkatkan sehingga 20 tahun sekiranya perbuatan itu mendatangkan kecederaan.

Mahkamah mengarahkan Norizan menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai, Johor Bahru dan sebutan kes ditetapkan 18 November depan.

Terdahulu, Norizan menghadapi tiga pertuduhan Seksyen 302 Kanun Keseksaan menyebabkan tiga lagi mangsa nahas itu di Mahkamah Majistret Dungun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI