fbpx

Banjir kilat akibat taburan hujan ‘luar biasa’ -DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara lokasi banjir kilat yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur akibat hujan lebat sejak pagi tadi.

PETALING JAYA – Taburan hujan yang sangat tinggi melebihi purata, 60 milimeter (mm) per jam menyebabkan berlakunya banjir kilat di sekitar ibu negara, hari ini.

Rekod bacaan hujan di stesen hujan pusat bandar adalah melebihi 114mm per jam, pada pagi tadi.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan berkata, hujan lebat berterusan telah menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air ekorang limpahan sungai-sungai utama iaitu Sungai Batu, Sungai Klang dan Sungai Gombak.

“Petugas DBKL telah turun ke lapangan bagi memastikan situasi di kawasan tersebut dalam keadaan terkawal. Kerja-kerja yang dijalankan adalah seperti penyuraian trafik bagi membantu aliran trafik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut DBKL, setakat pukul 10.45 pagi, semua laluan utama di pusat bandar telah dibuka kecuali di Jalan Rahmat yang ditutup satu hala.

Jelas kenyataan itu, dua buah pam statik diaktifkan di Jalan Sultan Azlan Shah dan tiga lagi pam mudah alih untuk lokasi di sekitar Bulatan Dato Onn bagi menyedut air yang bertakung.

“Kerja-kerja pembersihan di sekitar Jalan Parlimen telah selesai dilaksanakan oleh DBKL manakala kerja-kerja pembersihan di Jalan Sultan masih dijalankan.

“Berdasarkan tindakan proaktif yang telah diambil DBKL, majoriti kawasan yang terlibat dapat dikawal dan air yang bertakung telah surut dalam tempoh 30 minit,” katanya.

DBKL menasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati apabila hendak melalui kawasan yang masih belum surut sepenuhnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI