fbpx

Air bertakung di landasan stesen LRT Sri Rampai ke Wangsa Maju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Perkhidmatan tren alternatif bagi laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya diaktifkan ekoran air bertakung di landasan stesen Sri Rampai ke Wangsa Maju.

Rapid KL dalam kenyataan di Facebook berkata, tren dari Putra Height akan berpatah balik ke Sri Rampai.

Ujarnya, tren perantara juga akan dilaksanakan di antara Taman Melati ke Gombak.

“Tiada perkhidmatan tren di antara Sri Rampai ke Taman Melati. Bus perantara akan disediakan tetapi dijangkakan kelewatan kerana banjir kilat.

“Penumpang dari Sri Rampai ke Taman Melati disarankan untuk menggunakan mod pengangkutan alternatif lain,” katanya.

Sementara itu, Rapid KL berkata, para penumpang boleh menaiki perkhidmatan bas perantara percuma yang disediakan di antara Stesen Sri Rampai dan Taman Melati.

Nombor pendaftaran bas perantara tersebut adalah PJJ3310 dan W9423Q (bagi laluan dari LRT Sri Rampai ke LRT Taman Melati) manakala WVA4166 dan WUW1483 (bagi laluan LRT Taman Melati ke LRT Sri Rampai).

Katanya, kekerapan bas adalah setiap 30 minit bergantung kepada keadaan trafik semasa.

Terdahulu, cuaca buruk yang melanda Kuala Lumpur sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan ditelenggami air akibat hujan lebat berterusan.

Menerusi beberapa video tular di media sosial, kawasan perumahan di Kampung Segambut Dalam, juga dinaiki air sehingga menenggelamkan beberapa kenderaan.

Di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Melati juga, trafik dilaporkan sesak akibat jalan raya yang dinaiki banjir kilat sejak pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI