fbpx

Tiga individu dikompaun main air di Tambatan Diraja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai datang ke Tambatan Diraja, Kota Bharu untuk melihat paras air Sungai Kelantan hari ini.

KOTA BHARU – Lebih 200 individu yang sedang leka bermain limpahan air Sungai Kelantan di Tambatan Diraja di sini bertempiaran lari selepas menyedari kehadiran pihak polis malam tadi.

Dalam serbuan itu, tiga individu telah dikompaun oleh pihak polis kerana disyaki tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pihaknya akan bertindak tegas terhadap individu yang mengambil peluang bermain banjir bersama keluarga kerana mereka tidak menghirau dengan penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat di negeri ini.

Beliau berkata, polis sebelum ini telah mengeluarkan sebanyak 20 hingga 30 kompaun sehari seluruh negeri ini kerana mereka dikesan tidak mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kita khuatir, malam ini merupakan malam minggu di Kelantan dan tidak mustahil lebih ramai akan mengambil kesempatan keluar bermain banjir.

“Kita akan tempatkan pegawai, anggota dan agensi lain untuk menjalankan pemantauan di Tambatan Diraja bagi mengesan individu yang tidak patuh SOP dengan bermain air di kawasan itu” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan di Jalan Pantai Cahaya di Kampung Tikat dan Muara Kuala Besar di sini hari inu yang mula dinaiki air ekoran hujan lebat.

Mengulas lanjut, Shafien berkata, beliau berharap kepada penduduk yang terjejas banjir kali ini tidak berpesta bermain air.

Katanya, orang ramai boleh melihat banjir, namun tidak bermain air kerana tindakan itu akan membahayakan keselamatan diri.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI