fbpx

Pasar mini haram di pangsapuri diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang disita dari salah satu pasar mini tersebut.

KLANG – Tindakan membuka dua pasar mini secara haram di sekitar pangsapuri syarikat pengeluar sarung tangan, Top Glove membawa padah apabila diserbu, semalam.

Serbuan kira-kira pukul 9.30 pagi di Jalan Teratai, Meru tersebut menyebabkan kesemua barangan dan premis disita pihak berkuasa.

Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) , Norfiza Mahfiz berkata, tindakan penguatkuasaan itu dibuat hasil aduan pengurusan Top Glove berhubung aktiviti perniagaan haram di kuarters pekerja mereka.

Katanya, siasatan mendapati perniagaan tanpa lesen itu beroperasi sejak dua tahun lalu.

“Kedua-dua premis itu dimiliki warga tempatan, namun dikendalikan warga Bangladesh. Mereka menyasarkan pelanggan khususnya pekerja Top Glove,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Operasi selama empat jam itu turut disertai tiga wakil pengurusan pangsapuri dan polis bantuan Top Glove.

Norfiza menjelaskan, pihaknya turut mengeluarkan kompaun masing-masing sebanyak RM 4,000 terhadap dua premis berkenaan.

Kes disiasat di bawah undang-undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Perbandaran Klang) 2007. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI