fbpx

[VIDEO] KL banjir kilat, hujan lebat sejak pagi tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar memaparkan banjir kilat yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur akibat hujan lebat sejak pagi tadi.

PETALING JAYA – Cuaca buruk yang melanda Kuala Lumpur sejak pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan ditenggelami air akibat hujan lebat berterusan.

Menerusi beberapa video tular di media sosial, banjir kilat dilaporkan di Jalan Parlimen menuju ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sehingga kenderaan tidak dapat bergerak.

Selain itu, kawasan lain di sekitar bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhampiran Bank Rakyat juga turut dinaiki air sehingga menyebabkan trafik sesak.

Sementara itu, di kawasan Kampung Segambut Dalam, kawasan perumahan juga dinaiki air sehingga menenggelamkan beberapa kenderaan.

Di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Melati juga, trafik dilaporkan sesak akibat jalan raya yang dinaiki banjir kilat sejak pagi tadi.

Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE

@kosmoonlineCuaca buruk yang melanda Kuala Lumpur sejak pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan ditelenggami air akibat hujan lebat berterusan. Menerusi beberapa video tular di media sosial, banjir kilat dilaporkan di Jalan Parlimen menuju ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sehingga kenderaan tidak dapat bergerak. Selain itu, kawasan lain di sekitar bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhampiran Bank Rakyat juga turut dinaiki air sehingga menyebabkan trafik sesak. Sementara itu, di kawasan Kampung Segambut Dalam, kawasan perumahan juga dinaiki air sehingga menenggelamkan beberapa kenderaan.

♬ อย่างน้อยเราเคยรักกัน – AnAn (อันอัน)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI