fbpx

YDP Agong berkenan luang masa santuni mangsa banjir di Kuala Lipis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah turut memberikan sumbangan kepada mangsa banjir.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meluangkan masa menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Clifford dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa di Kuala Lipis, Pahang hari ini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pihak Istana Negara sebentar tadi, Seri Paduka Baginda yang diterbangkan menggunakan helikopter khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu telah mendarat di Kuala Lipis pada pukul 10.00 pagi.

“Turut mengiringi baginda adalah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

“Seramai 95 mangsa banjir daripada 36 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Clifford, manakala seramai 192 daripada 57 keluarga ditempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa,” jelas kenyataan tersebut hari ini.

Dalam lawatan tersebut, Baginda turut berkenan beramah mesra dan mengurniakan sumbangan kepada mangsa banjir bagi meringankan beban yang ditanggung.

“Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong ini mencerminkan keperibadian dan keprihatinan tinggi Seri Paduka Baginda terhadap mangsa banjir dan golongan yang memerlukan bantuan.

“Seri Paduka Baginda mengajak seluruh rakyat bersama Baginda mendoakan agar bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada ketika ini tidak berpanjangan sehingga mengorbankan nyawa dan harta benda,” ujar kenyataan tersebut.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI