fbpx

Belanjawan 2025: MAICCI harap pembiayaan perkasa usahawan wanita India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hemala

PETALING JAYA – Belanjawan 2025 yang akan dibentang pada Jumaat ini diharap dapat diagihkan secara khusus bagi memperkasa usahawan wanita India menerusi pembiayaan hijau.

Ketua Sayap Wanita Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), S. Hemala berkata, pembiayaan hijau menyediakan akses lebih mudah untuk mendapatkan dana, geran dan insentif kepada para usahawan

Ujarnya, kerajaan perlu memperkenalkan pembiayaan hijau bagi menyokong projek mampan dan mesra alam yang dilaksanakan oleh usahawan wanita India.

“Kami memerlukan sokongan untuk mengintegrasikan amalan mesra alam dalam perniagaan. Pembiayaan hijau boleh menjadi pemangkin utama.

“Pembiayaan seperti ini mustahak kerana dapat membantu menyelaraskan pertumbuhan ekonomi dengan pemuliharaan alam sekitar dan matlamat kemampanan jangka panjang,” katanya.

Tambah Hemala, pemberian subsidi untuk pameran perdagangan dan bimbingan mengenai eksport boleh membantu usahawan wanita dalam kalangan komuniti India meneroka peluang baharu.

Katanya lagi, latihan kemahiran digital perlu dijadikan keutamaan seperti program yang menumpukan kepada e-dagang, pemasaran digital dan penubuhan platform dalam talian.

Pada Jumaat ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Belanjawan 2025 yang bertemakan Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera.

Pembentangan ini merupakan belanjawan ketiga yang digarap Kerajaan Madani di bawah pimpinan Anwar. ⁠- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI