fbpx

Mangsa banjir di Johor berkurangan kepada 197 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membuat tinjauan dikawasan penempatan di Kampung Murni Jaya dan Kampung Sungai Siam Pekan Layang-layang, Kulai.

KLUANG – Cuaca cerah tanpa hujan sejak dua hari lalu membolehkan sebahagian mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Setakat pukul 8 pagi hari ini, seramai 197 mangsa masih berlindung di empat pusat pemindahan sementara (PPS).

Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, di Dewan Kampung Murni Jaya, di Kulai masih tidak berubah apabila 83 mangsa daripada 19 buah keluarga dari Kampung Murni Jaya, Kampung Sungai Siam, Kampung Sungai Sayong dan Kampung Sungai Besoi belum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Katanya, untuk PPS di SRJK (C) Layang-Layang masih kekal dengan 40 mangsa daripada 15 keluarga dari Taman Layang-Layang dan Kampung Paya Layang-Layang

“Sementara itu, turut menurun di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tengah Renggam apabila hanya menempatkan 59 mangsa daripada 20 buah keluarga dari Kampung Tengah Renggam.

“Manakala bagi Daerah Batu Pahat hanya tinggal 15 mangsa daripada dua buah keluarga masih ditempatkan di PPS SK Seri Bunut sejak 7 Oktober lalu,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI