fbpx

Hujan lebat, angin kencang di seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di hampir keseluruh negara sehingga 11 pagi ini.

MetMalaysia memaklumkan, negeri yang terlibat adalah Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang.

“Bagi Perak pula, keadaan yang sama dijangka berlaku di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak,” katanya.

Sementara itu, cuaca buruk turut berlaku di Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Wilayah Selatan negara turut terjejas dengan hujan lebat dan angin kencang yang melibatkan Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Melaka dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru).

“Kawasan Bintulu (Bintulu) dan Miri (Subis) di Sarawak juga turut sama mengalami cuaca buruk pagi ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI