fbpx

Banjir: Jumlah mangsa di Kedah turun kepada 1,680 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandangan dari udara sebahagian kawasan Kampung Teluk Rambong di Baling selepas dilanda kepala air pada Sabtu lalu. Foto oleh SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir yang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah menurun kepada 1,680 orang daripada 533 keluarga sehingga pukul 8.30 pagi ini.

Mengikut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa berada di 12 PPS di empat daerah terjejas iaitu Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Baling.

Baling merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 701 orang daripada 251 keluarga diikuti Kota Setar 549 orang daripada 162 keluarga dan Pendang seramai 392 orang daripada 105 keluarga.

Sementara Pokok Sena mencatatkan mangsa seramai 38 orang daripada 15 keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI