IPOH – Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat apabila 1,682 individu direkodkan setakat pukul 8 pagi hari ini.
Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, sebanyak 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lima buah daerah digunakan bagi menempatkan kesemua mangsa dari 528 keluarga berkenaan.
“Sebanyak 104 mangsa dari 34 keluarga di Kerian ditempatkan di dua buah PPS, 720 mangsa (255 keluarga) dari Kuala Kangsar di tiga PPS dan 38 mangsa (14 keluarga) dari Hilir Perak ditempatkan di sebuah PPS.
“Manakala 224 mangsa (68 keluarga) dari Hulu Perak ditempatkan di dua buah PPS dan 529 mangsa (157 keluarga) dari Muallim di dua buah PPS,” katanya di sini hari ini.
Untuk rekod, jumlah mangsa banjir di negeri ini adalah seramai 1,605 orang pada tengah malam tadi sebelum ia meningkat kepada 1,682 orang. – KOSMO! ONLINE