fbpx

[VIDEO] Anak gajah ‘sesat’ panjat pagar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tersebut.

PETALING JAYA – Gelagat seekor anak gajah yang cuba memanjat pagar selepas berpisah dengan ibunya telah mencuri perhatian pengguna media sosial.

Menerusi sebuah video berdurasi 28 saat yang dikongsi oleh pengguna TikTok, Jamil Amin Abdul Kadir. Ia memaparkan seekor anak gajah yang tersesat masuk ke dalam kawasan Pejabat Perikanan Malaysia, Banding, Gerik di Perak.

Aksi bersahaja anak gajah yang berulang kali cuba memanjat sebelum akhirnya berjaya melepasi pagar dengan bantuan ibunya.

“Masa dia angkat kaki tu sumpah comel. Macam la boleh panjat. Nakal lagi,” ujar Sue.

“Ha kecik-kecik dah nak panjat pagar, nanti masuk sekolah panjat pagar lagi ponteng pulak,” kata Zainisalleh pula. – KOSMO! ONLINE.

@jamil.amin.abdul al kisah anak gajah yg tersesat masuk ke dalam kawasan Pejabat Perikanan Malaysia,Banding,Gerik..comel je mase mak die cuba tarik die panjat pagar konkrit tu..😂 credit to owner video #anakgajah #royalbelum #jabatanperikananmalaysia #capcut #fyp #tiktok ♬ Ada Gajah Dibalik Batu – Wali

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI