fbpx

Arab Saudi akan guna jet elektrik bawa jemaah dari Jeddah ke Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JET Lilium dipamerkan semasa Pameran Udara Antarabangsa Farnborough di barat daya London pada Julai lalu. – AFP

RIYADH  –  Syarikat penerbangan Arab Saudi, Saudia menukar haluan kepada sebuah  firma Jerman untuk membekalkan jet elektrik bagi laluan menuju ke resort mewah baharu dan kota suci Mekah, kata seorang pegawai.

Syarikat Jerman berpangkalan di Munich, Lilium akan membekalkan pesawat untuk laluan terus  di pesisir pantai Laut Merah dan membawa jemaah haji dari Jeddah ke Mekah yang tidak mempunyai lapangan terbang, kata pengurus komunikasi Saudia, Razan Shaker.

“Strategi kami adalah untuk membantu menghubungkan lokasi dan bandar yang tidak mempunyai lapangan terbang atau sukar untuk dituju,” katanya  dalam satu wawancara sampingan di Riyadh.

“Pelan ini termasuk membawa jemaah ke mercu tanda,  Menara Jam Diraja Fairmont Mekah, berdekatan Masjidil Haram di mana kami berusaha untuk membina tempat pendaratan helikopter(helipad),” tambahnya.

Pada Julai lalu, Saudia mengumumkan bahawa syarikat berkenaan akan membeli 50 buah pesawat elektrik berlepas menegak Lilium dengan pilihan membeli 50 buah lagi.

Saudia dijangka mula menerima jet itu dalam tahun  2026. Pesawat elektrik Lilium boleh membawa empat hingga enam penumpang dan terbang pada kelajuan 175 kilometer sejam. –AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI