fbpx

Belanjawan 2025: Bantu anak muda beli rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGECUALIAN CKHT mampu melonjakkan pembelian rumah pertama untuk orang muda. – GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM – Golongan belia berharap agar pengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) untuk pembeli rumah pertama yang bermula pada 2021 dan berakhir tahun depan dilanjutkan.

Seorang peguam, Mohd. Nazri Nidzamuddin Ahmad Pakri berkata, pengecualian itu membolehkan lebih ramai rakyat membeli rumah pertama mereka.

“Sebagai peguam saya melihat pengecualian CKHT untuk rumah pertama boleh dilanjutkan hingga 2030.

“Generasi muda hari ini perlu mula membina kehidupan dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar. Pengecualian ini bukan sahaja menjana perniagaan kami malah merancakkan industri hartanah kita,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Perkara itu sebahagian daripada pelbagai sektor perniagaan termasuk peniaga makanan, kontraktor dan pembekal per­khidmatan yang mengharapkan berita baik Belanjawan 2025.

Seorang kontraktor G4, Mohd. Safie Basha, 36, berkata, ketika pasca pandemik Covid-19 ramai usahawan bergelut untuk kekal dalam bidang pembinaan.

“Saya berharap kerajaan dapat memberi peluang kepada kami kontraktor binaan kelas sederhana untuk terus bernafas dalam industri ini.

“Harap peluang lebih banyak projek dari Kerajaan Persekutuan dipermudahkan untuk kami tahun depan. Sekarang kami terpaksa bersaing dengan kontraktor besar lain, berilah peluang kepada kami juga,” katanya.

Menurut seorang peniaga makanan, Halim Said, 60, dia berharap kerajaan dapat mengawal kenaikan harga barangan asas makanan.

Katanya, sebagai peniaga, dia terpaksa menaikkan harga makanan bagi menyerap kenaikan kos pembelian bahan masakan.

“Alasan peniaga barang basah menaikkan harga kerana mereka menanggung kos pengangkutan pihak pembekal yang memberi kesan kepada kami.

“Kita juga kasihan kepada pe­langgan yang terpaksa membeli makanan dengan harga le­bih daripada biasa. Kami berharap pihak pembekal menerima subsidi diesel lebih baik agar kami tidak perlu menambah kos pembelian yang akhirnya perlu ditanggung pelanggan,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI