fbpx

Pelajar makan bawah meja, hormati rakan puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pelajar makan di bawah meja untuk menghormati rakannya yang sedang berpuasa. - Instagram

JAKARTA  –  Perbuatan sekumpulan pelajar sekolah rendah di Indonesia sanggup makan di bawah meja kerana menghormati rakannya yang sedang berpuasa mengundang perhatian orang ramai, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @taufanoz menunjukkan pelajar-pelajar itu bersembunyi di bawah meja semasa waktu rehat. 

Meskipun sempit, mereka tetap tenang menghabiskan makanan yang dibawa ke sekolah. 

“Kenapa kamu semua bersembunyi?” tanya guru kelas mereka. 

“Ada rakan yang berpuasa, kasihan kalau dia nampak. Nanti dia ‘tergoda’ dan mahu batalkan puasa,” jawab salah seorang pelajar berkenaan. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 14.9 juta tontonan dan mengundang pujian netizen. 

“Anak kecil seperti ini sudah pandai menghormati orang lain,” puji seorang netizen. 

“Terharu! Masih kecil tetapi akhlak dan didikan mereka sangat bagus!” komen netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI