fbpx

Mallika Sherawat dicop aktres murahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALLIKA SHERAWAT

GARA-GARA membintangi filem Murder yang mencetuskan kontroversi pada 2004, aktres seksi Bollywood, Mallika Sherawat digelar pelacur.

Sudah hampir dua dekad, aktres yang kini sudah mencecah usia 47 tahun itu tetap mengenang kutukan dilempar sebilangan kaki wayang.

Katanya, filem yang dibikin semula atau ‘remake’ bersandarkan naskhah Hollywood berjudul Unfaithful itu dibintangi bersama Emraan Hasmhi dan Ashmit Patel.

Kutukan teruk tersebut tercetus akibat satu babak intim dan aksi berani lakonannya dalam filem berkenaan.

Dengan kutipan tidak seberapa namun natijahnya hanya tangisan menjadi makanan Mallika yang dicop murahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI