fbpx

UNL: De La Fuente cipta rekod baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEPANYOL bakal turun berdepan Serbia awal pagi esok dengan misi mahu meneruskan rentak cemerlang selepas menewaskan Denmark kelmarin. - FB SELECCION ESPANOLA DE FUTBOL

MURCIA – Sepanyol terus menunjukkan taring mereka dalam kempen Liga Negara-Negara Eropah (UNL) apabila mencatat kemenangan berturut-turut dengan menewaskan Denmark di Stadium Nueva Condomina, Murcia sekali gus melonjak ke puncak kumpulan kejohanan.

Kemenangan itu bukan sahaja membawa kegembiraan kepada skuad Sepanyol, tetapi juga mencatatkan sejarah tersendiri buat ketua jurulatih, Luis de la Fuente yang kini menempatkan namanya dalam rekod bola sepak Sepanyol dengan pencapaian luar biasa.

Laporan kemenangan tersebut turut mengukuhkan kedudukan De la Fuente sebagai jurulatih paling berjaya dalam sejarah pasukan kebangsaan, dengan purata mata 2.58 bagi setiap perlawanan.

Rekod tersebut merupakan yang tertinggi pernah dicatatkan oleh mana-mana jurulatih Sepanyol sepanjang mengendalikan lebih daripada 10 perlawanan selain membolehkannya mengatasi nama-nama besar seperti Robert Moreno dan Vicente del Bosque.

Sehingga kini, De la Fuente telah mengendalikan 24 perlawanan bersama Sepanyol, mencatatkan 20 kemenangan, dua seri (menentang Brazil dan Serbia), serta hanya dua kekalahan (Scotland dan Colombia).

Pencapaian itu membuktikan sentuhannya dalam mengemudi pasukan kebangsaan berada di tahap elit, membentuk pasukan yang konsisten dan sukar digugat di peringkat antarabangsa.

Bagaimanapun, De la Fuente masih belum menerima kontrak baharu daripada pihak atasan Persekutuan Bola Sepak Sepanyol dan dia dikatakan menuntut kenaikan gaji setimpal dengan pencapaiannya, terutama selepas memenangi Kejohanan Eropah.

Bukan sekadar kemenangan, gaya permainan dan pengurusan taktikal jurulatih berusia 62 tahun itu terus mendapat pujian ramai, menandakan era baru bola sepak Sepanyol yang lebih gemilang di bawah bimbingannya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI