fbpx

SPRM bakal panggil ahli politik dipercayai terlibat kes penemuan RM5 juta di ‘safe house’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam Ketika ditemui media sewaktu hadir pada Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah (KITA) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini.

KOTA KINABALU – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memaklumkan pihaknya bakal memanggil ahli politik dikaitkan dengan penggeledahan ‘safe house’ baru-baru ini.

Azam berkata, pihaknya tidak menafikan terdapat penglibatan ahli politik namun belum dapat mendedahkan identiti individu berkenaan.

“Kita perlu memperoleh segala bukti dan apabila disahkan, SPRM akan memanggil individu berkaitan.

“Namun kita tidak menafikan beliau akan dipanggil,” katanya ketika ditemui media sewaktu hadir pada Konvensyen Integriti, Tadbir Urus dan Antirasuah (KITA) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai jumlah keseluruhan tangkapan, Azam menyatakan seramai empat individu ditahan reman termasuk seorang wanita.

“Yang direman sekarang ini yang ditangkap pada 10 Oktober lalu dan direman sehingga 15 Oktober iaitu seorang pengarah syarikat atau seorang ahli perniagaan.

“Seorang lagi pernah bertugas di Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI iaitu seorang lelaki berumur 45 tahun namun hanya berjaya menahan reman satu malam saja kerana dia mempunyai masalah kanser prostat.

“Ketiga individu berjawatan pemandu berumur 43 tahun dan direman selama tiga hari dan sudah dilepaskan.

“seorang lagi wanita iaitu bekas pegawai kewangan satu syarikat berumur 46 tahun tetapi dilepaskan selepas reman tiga hari,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI