fbpx

Alat pernafasan jadi penyambung hayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSNAH (kiri) menyambung alat bantuan pernafasan pada leher Muhammad Zaim Zharfan Zamri di rumah mereka di Kampung Keroh, Kuala Krai baru-baru ini.

KUALA KRAI – Kehidupan seorang remaja tidak seperti rakan-rakan seusianya apabila perlu bergantung kepada alat bantuan pernafasan seumur hidup selepas terlantar sakit a­kibat masalah tumbesaran atau Achondroplasia hingga menyebabkan gangguan pertumbuhan tulang sejak enam tahun lalu.

Menurut ibunya, Rosnah Saari, 39, keadaan itu menjadikan Muhammad Zaim Zharfan Zamri,14, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik terlantar di rumah dan hanya bersekolah hingga darjah dua sebelum disahkan menghidap penyakit itu.

Katanya, sebelum ini dia mengadu sakit leher dan bahagian belakang sehingga saya dan suami perlu membawanya ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) di sini untuk rawatan lanjut.

“Bahagian saraf tunjang di bahagian leher Muhammad Zaim Zharfan mengalami masalah sehingga menyukarkannya untuk bernafas secara normal dan terpaksa menjalani pembedahan.

“Leher anaknya ditebuk untuk mema­sukkan saluran pernafasan dan perlu bergantung kepada alat bantuan pernafasan hampir setiap masa dan ditanggalkan ketika anaknya itu mandi,” katanya ketika ditemui di Kampung Ke­roh di sini baru-baru ini.

Tambahnya, dia kini hanya mampu menyebut beberapa perkataan dan loceng diletakkan di sisinya setiap waktu untuk memudahkannya me­manggil ahli keluarga lain sekiranya memerlukan bantuan.

Menurutnya, penggunaan alat bantuan pernafasan tanpa henti itu menyebabkan bil ­elektrik melonjak lebih dua kali ganda.

Katanya, Muhammad Zaim Zharfan menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan dan wang itu digunakan untuk membeli keperluan termasuk lampin pakai buang yang amat diperlukan.

Ujar Rosnah, suaminya Zamri Ahmad, 55, pula diserang angin ahmar akibat penyakit kencing manis dan darah tinggi sejak dua tahun lalu dan tidak mampu keluar bekerja kerana masih dalam pemantauan doktor.

“Bagi menyara keluarga termasuk tiga anak yang masih bersekolah berusia antara enam hingga 12 tahun, saya melakukan pelbagai kerja dengan mengambil tempahan kuih-muih di asrama sekolah selain menjual roti dan ikan bekok melalui platform media sosial,”katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Rosnah di talian 011-1785 2585 atau terus menyalur bantuan ke akaun Bank Islam miliknya, 03072020082714.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI