fbpx

Aktivis pro-Palestin sepatutnya menang Hadiah Nobel – Nihon Hidankyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mimaki terselamat dalam pengeboman bom atom ke atas Hiroshima semasa Perang Dunia Kedua. - BBC

TOKYO  – Pemenang Hadiah Nobel Keamanan  tahun ini menangis ketika menerima anugerah tersebut sambil berkata, anugerah berkenaan sepatutnya diberikan kepada aktivis-aktivis pro-Palestin, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Toshiyuki Mimaki merupakan pengerusi bersama kumpulan Nihon Hidankyo. Ia terdiri daripada mangsa-mangsa yang  terselamat dalam tragedi bom atom di Hiroshima, Jepun. Mereka  berkempen untuk menghapuskan penggunaan senjata nuklear.

Dalam ucapan penuh emosi, Mimaki berkata, beliau tidak pernah bermimpi untuk menang dan menganggap  mereka yang berjuang keras untuk keamanan di Semenanjung Gaza adalah paling layak mendapat anugerah tersebut.

“Imej kanak-kanak berlumuran darah di Gaza dan dipangku oleh ibu bapa mereka mengingatkan saya kepada Jepun 80 tahun yang lalu,” katanya sambil merujuk kepada bom atom Amerika Syarikat yang digugurkan di Hiroshima pada 1945.

Mimaki berkata, kebanyakan orang hari ini mahukan keamanan di dunia tetapi ahli-ahli politik berkeras untuk melancarkan perang dengan berkata: “Kami tidak akan berhenti sehingga kami menang.”

“Saya berpendapat keadaan ini benar untuk Russia dan Israel. Saya sentiasa tertanya-tanya sama ada kuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dapat menghentikannya,” kata Mimaki.

Dalam pada itu, Duta Israel ke Jepun mengkritik Mimaki kerana membandingkan pengalaman mereka dengan kanak-kanak di Gaza.

Gilad Cohen mengucapkan tahniah kepada Nihon Hidankyo kerana memenangi hadiah tahun ini tetapi dalam satu catatan di platform media sosial X kelmarin, perbandingan yang dibuat oleh Mimaki dianggap keterlaluan dan tidak berasas. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI