fbpx

Editor Video Astro Awani maut, motosikal terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa maut selepas terbabas di Lebuhraya MEX dalam insiden pagi tadi. - Foto oleh JSPT KL

KUALA LUMPUR – Editor Video Astro Awani, Ahmad Hafiz Azhar Nordin meninggal dunia selepas motosikal ditungganginya terbabas di Kilometer 8.5 Lebuh Raya Maju (MEX), di sini, pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya menerima laporan nahas itu pukul 7.46 pagi.

“Mangsa, 36, dipercayai terbabas sendiri akibat jalan licin dalam cuaca yang hujan lebat.

“Akibat kemalangan, mangsa terjatuh atas jalan dan terkena pada tiang penghadang besi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Terdahulu Astro AWANI melaporkan Editor Video mereka, Ahmad Hafiz Azhar Nordin yang meninggal dunia, pada awal pagi ini, di lokasi kejadian.

Menurut laporan perubatan hasil bedah siasat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HUKM), mangsa meninggal dunia akibat kecederaan di kepala dan dada.

Jenazah Allahyarham Ahmad Hafiz Azhar juga dimandi dan dikafankan di HUKM sebelum dibawa pulang ke kampung halaman Allahyarham di Alor Gajah, Melaka untuk dikebumikan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI