fbpx

Kereta putih terbang masuk pagar rumah orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sebuah kereta putih 'terbang' selepas terlibat kemalangan dengan melanggar penghadang jalan di sebuah kawasan perumahan.

PETALING JAYA – Sebuah kereta berwarna putih tular apabila ‘terbang’ selepas terlibat kemalangan dengan melanggar penghadang jalan di sebuah kawasan perumahan.

Melalui rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kelihatan kereta terbabit terbabas akibat melanggar penghadang jalan sebelum melambung dan menghentam pagar hadapan rumah lot tepi.

Impak dari insiden berkenaan, pagar rumah tersebut mengalami kerosakkan teruk pada pagar rumah terbabit.

Sementara itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengguna memberikan pelbagai reaksi serta telah mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk di kawasan perumahan tersebut.

“Seram la. Kat laman pagar rumah pun dah tak selamat. Harap tiada anak-anak tuan rumah main di situ,” ujar Hyen Drew.

“Bayangkan ada anak-anak tuan rumah tu tengah main di halaman rumah, tak dapat dibayangkan,” kata Akmal Kemal pula. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI