fbpx

Najis berharga lebih RM167,000 dipamerkan buat kali pertama 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lloyds Bank Coprolite kini berusia sekitar 1,200 tahun selepas ditemui pada 1972 oleh pekerja pembinaan. - New York Post

LONDON  –  Ketulan najis manusia terbesar di dunia berusia sekitar 1,200 tahun dipamerkan buat kali pertama dalam sejarah di Pusat Viking Jorvik, York di  barat laut England, lapor laman berita Explorersweb semalam. 

Fosil dinamakan Lloyds Bank Coprolite itu berukuran lebih 20 sentimeter panjang dan lebar kurang 5 sentimeter.

Ia turut dikenali sebagai ‘najis berharga’ kerana nilainya yang mencecah AS$39,000 (RM167,525) selain ditemui dalam keadaan masih utuh. 

Penemuan najis itu memberikan kefahaman baharu kepada ahli-ahli  arkeologi tentang tabiat pemakanan dan kesihatan bangsa Viking dari abad ke-9 Masihi. 

Spesimen purba ini ditemui oleh pekerja penggalian semasa pembinaan cawangan Lloyds pada tahun 1972 di York . – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI