fbpx

Ramai pesan jaga diri, Cik B sambung belajar ke Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik oleh Cik B di TikTok.

PETALING JAYA – Pempengaruh dan penyanyi, Cik B sekali lagi mencuri perhatian apabila mengumumkan keputusan besar dalam hidupnya iaitu akan melanjutkan pelajaran ke Sepanyol.

Dia yang juga merupakan anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida memuat naik sebuah hantaran di TikTok yang memperlihatkan dirinya sedang memilih beberapa pasang baju untuk disusun dalam bagasi yang bakal dibawa ke sana nanti.

Dalam hantaran yang sama, Cik B turut meminta pengikutnya meneka destinasi di mana dia akan melanjutkan pelajaran.

Menariknya, ada pengikut yang berjaya meneka Sepanyol, selepas adik kepada pempengaruh itu, Kacak, secara tidak sengaja mendedahkan lokasi tersebut dalam satu sesi siaran langsung sebelum ini.

Pengguna media sosial membanjiri ruang komentar hantaran itu dan rata-rata teruja dengan keputusan yang dibuat oleh pempengaruh berusia 19 tahun itu.

“Cik B dah jauh nanti jaga diri baik-baik. Jangan kawan dengan orang yang bukan-bukan tau. Jaga makan, jangan banyak main game,” ujar Hanie Hadie.

“Alhamdulillah semoga Cik B akan sentiasa berjaya duniawi dan ukhrowi. Semoga dipermudahkan segala urusan,” kata Hazlyn Talhah.

“Kalau dah belajar di luar negara, mesti nanti Cik B lagi bergaya,” komen Tulip. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI