PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri sehingga 3 petang ini.
MetMalaysia memaklumkan, negeri yang terlibat adalah Johor di kawasan Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Bagi Sarawak pula, ia melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Mukah (Tanjung Manis), Miri (Subis dan Miri) dan Limbang (Lawas),” katanya.
Sementara itu, cuaca buruk dijangkakan berlaku di Sabah di kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan) dan Tawau (Tawau dan Semporna).
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam)yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE