fbpx

‘Video agungkan Abuya itu video lama, kami sudah taubat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khaulah (kanan) ketika sidang akhbar di Shah Alam, hari ini. FOTO: SYAKIR RADIN

SHAH ALAM – Video tular yang mengagungkan bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad atau Abuya adalah merupakan video lama.

Anak perempuan Ashaari iaitu Khaulah, 38, memaklumkan video tersebut adalah pada 2011 sebelum pengikut-pengikut ajaran itu menjalani proses pemulihan akidah daripada jabatan agama.

“Itu adalah video lama sebelum berlakunya kami melalui kursus pemulihan selama 500 jam dan proses istitabah (taubat) dan sebagainya.

“Tetapi video itu keluar sekarang sedangkan ia telah berlaku lama sangat,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Khaulah yang merupakan salah seorang pengarah dalam anak syarikat GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) memaklumkan semua ahli dalam organisasi tersebut tidak lagi mengamalkan ajaran Al-Arqam dan Aurad Muhammadiah yang telah difatwakan sesat sebelum ini.

“GISBH sendiri konsisten tidak lagi mengamalkan apa-apa ajaran yang dikatakan sesat atau salah.

“Kita juga sentiasa dipantau pihak agama sendiri dalam memastikan tidak berlaku pengulangan amalan tersebut,” ujarnya.

Malah, katanya, Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif GISBH , Datuk Nasiruddin Mohd. Ali sering mengingatkan bahawa semua ahli dan pengikut GISBH perlu mengikut fatwa yang telah ditetapkan jabatan agama.
.
“(Bagaimana untuk kumpulan kecil) yang itu saya tidak tahu namun secara dasarnya kita tidak amalkan dengan sentiasa dipantau Jabatan agama sendiri. Kita hendak fokus betul-betul kepada perniagaan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai silibus pendidikan di sekolah-sekolah GISBH, Khaulah memaklumkan adalah mengikut apa yang ditetapkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Dalam pengetahuan saya, sekolah-sekolah saya yang ada lesen dan mengikut silibus dan pihak JAIS datang memantau sentiasa apa silibusnya,” katanya.

Dalam pada itu, wanita itu berkata, dia sebelum ini telah direman selama 18 hari selepas ditangkap bersama 24 individu pengurusan tertinggi GISBH di kondominium di Jalan Imbi Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 19 September lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI