fbpx

Terperdaya keuntungan 300 peratus, wanita rugi RM244,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Terperdaya dengan janji keuntungan lumayan sehingga 300 peratus menyebabkan seorang wanita mengalami kerugian sebanyak RM244,000 selepas menyertai satu skim pelaburan dalam talian tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula selepas mangsa yang berumur 35 tahun berminat menyertai satu skim pelaburan bernama Efinity Capital melalui aplikasi Facebook pada 11 Julai lalu.

“Suspek telah menawarkan keuntungan lumayan sebanyak lima peratus hingga 300 peratus daripada modal yang dilaburkan dan mangsa telah memuat turun aplikasi pelaburan bernama ECMT Pro melalui pautan yang diberi.

“Dalam tempoh 21 Ogos 2024 hingga 3 Oktober 2024 mangsa telah memindahkan sejumlah RM244,000 dengan 11 kali transaksi ke tiga akaun bank berbeza,”katanya di sini hari ini.

Menurut Yahaya, mangsa mula menyedari ditipu selepas tidak menerima sebarang keuntungan daripada suspek sebelum mangsa bertindak membuat laporan polis.

Beliau memberitahu berdasarkan siasatan awal mendapati sumber kewangan mangsa adalah daripada wang simpanan.

Dalam pada itu beliau berkata, pihak polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud.

“Orang ramai juga diingatkan jangan mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan yang lumayan,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI