fbpx

Nenek ‘tertipu’ beli periuk nasi sebesar tapak tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan periuk nasi 'mini' yang diterima oleh seorang wanita warga emas.

PETALING JAYA- Keterujaan seorang wanita warga emas bertukar kecewa apabila menerima periuk nasi ‘mini’ yang dipesannya secara dalam talian.

Menerusi sebuah video yang dikongsi oleh pengguna TikTok, Octoberr_7, yang memaparkan wanita itu teruja apabila membuka bungkusan yang dipesan tetapi bertukar duka apabila melihat isinya.

Apabila dibuka bungkusan tersebut, saiz periuk nasi yang diterima adalah bersaiz kecil, sebesar tapak tangan.

“Kisahnya saya hantar barang ke rumah mak cik, dia teruja apabila periuk nasinya sudah sampai. Saya hairan dan memaklumkan bahawa saya tidak menghantar periuk nasi,” ujar pemilik akaun berkenaan.

Saiz bungkusan kecil yang dihantar ke rumah wanita tersebut memang tidak masuk akal jika dibandingkan dengan saiz periuk nasi sebenar.

Sementara itu, menerusi ruangan komen ramai pengguna bersimpati dengan insiden yang menimpa wanita tersebut, malah ada juga yang berkongsi kisah sama yang menimpa mereka.

“Biasa warga emas ni mereka tidak begitu faham butiran yang di jual. Macam mak saya bagi tahu dia beli periuk nasi mini di e-dagang. Murah kerana harganya hanya belas ringgit,” kata Lily Salju.

“Ibu saya juga terkena. Beli periuk mainan kerana siaran langsung peniaga itu begitu meyakinkan,” ujar Juliana pula. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI