fbpx

Penyenaraian Autoris di Pasaran LEAP, catat hasil RM7.81 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengurusan kanan Autoris pada majlis penyenaraian saham syarikat di Pasaran Leap, Bursa Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA –  Autoris Group Holdings Berhad (Autoris), sebuah syarikat yang terlibat secara langsung dalam penyediaan perkhidmatan penilaian pampasanuntuk segmen motor dan bukan motor, mula disenaraikan di Pasaran LEAP Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities).

Saham syarikat ini dibuka pada harga RM0.20, catat premium 100 peratus  berbanding harga rujukan penyenaraian sebanyak RM0.10 sesaham.

Ini membolehkan modal pasaran syarikat kini dianggarkan sekitar RM74.42 juta.

Pengarah Urusan Autoris, Low Kai Sein berkata, pihaknya berasa bangga atas kejayaan syarikat yang telah disenaraikan di Pasaran LEAP Bursa Malaysia yang menandakan pencapaian penting dalam perjalanan korporat syarikat.

“Pengembangan syarikat sebagai penilaian pampasan kini semakin berkembang dengan fokus pada penyediaan perkhidmatan tersebut untuk segmen motor dan bukan motor. 

“Kami telah berjaya mengumpulkan hasil kasar sebanyak RM7.81 juta melalui pengumpulan dana persendirian pra-penyenaraian untuk membiayai rancangan pengembangan perniagaan kami yang merangkumi kepelbagaian perkhidmatan penilaian pampasan kepada pelbagai jenis tuntutan insurans serta pembukaan pejabat baharu di Pulau Pinang, Johor, Terengganu, Sabah, dan Sarawak bagi memenuhi jangkaan pertumbuhan kami,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Autoris dan anak-anak syarikatnya terlibat secara langsung dalam penilaian pampasan untuk segmen motor dan bukan motor yang mana perkhidmatan ini disasarkan kepada  individu yang bercadang untuk mengemukakan tuntutan kepada penanggung insurans pihak ketiga. 

Skop kerja Kumpulan melibatkan kajian dan penyiasatan berkaitan dengan tuntutan/kemalangan dan menyediakan laporan penilaian (penilaian terperinci yang diperoleh daripada kajian dan penyiasatan).

Laporan penilaian diperlukan untuk mengemukakan tuntutan insurans kepada penanggung insurans, dan untuk memastikan bahawa penuntut diberi pampasan yang adil oleh penanggung insurans.

Pada masa ini, ibu pejabat Autoris terletak di Wisma Trax yang berpusat di Kuala Lumpur, dengan perancangan untuk membuka cawangan baharu di Pulau Pinang, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI