fbpx

Timbunan batu,lumpur sukarkan pencarian warga Bangladesh tertimbus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sik Choon Foo meninjau lokasi kejadian mangsa tanah runtuh di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang.

GUA MUSANG – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa warga Bangladesh yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di kawasan kebun sayur di Tanah Tinggi Lojing di sini menghadapi kesukaran apabila perlu berdepan dengan timbunan bongkah batu dan lumpur tanah sedalam 1.8 meter di lokasi pencarian.

Bagaimanapun, usaha mencari mangsa yang dipercayai tertimbus tetap diteruskan meskipun belum ada petunjuk baharu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, operasi mencari dilakukan sejak empat hari lalu dan anggota polis turut berjaga-jaga kerana bimbang berlaku pergerakan tanah.

Katanya, bantuan jengkaut terpaksa digunakan untuk mengorek sisa hasil banjir lumpur dan tanah runtuh.

“Hari ini sudah memasuki hari keempat operasi mencari mangsa yang dilakukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Selain itu, Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (Storm) dan Unit Pengesan (K9) JBPM turut menyertai operasi itu,” katanya selepas meninjau lokasi pencarian mangsa di Tanah Tinggi Lojing di sini semalam.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI