fbpx

‘Buat apa nak masam muka’ – Alif Hadi, Yasmin Hani putus cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alif Hadi mengesahkan hubungan cintanya dengan aktres Yasmin Hani terlerai sejak dua bulan lalu.

SHAH ALAM – Pelakon Alif Hadi mengesahkan hubungan cintanya dengan aktres Yasmin Hani terlerai sejak dua bulan lalu.

Menurut Alif atau nama penuhnya Muhammad Alif Abdul Hadi, 36, dia enggan berkongsi secara terperinci punca perpisahan mereka dan menganggap perkara tersebut sebagai tiada jodoh.

“Saya sudah kembali solo sejak dua bulan lalu iaitu sekitar Ogos.

“Kalau boleh memang tak mahu kongsi mengenai hal putus cinta ini kepada umum sebab perkara ini bukan hal yang elok untuk diuar-uarkan

“Tapi kalau sudah tiba waktunya orang tahu, akan tetap diketahui juga,” katanya kepada Kosmo! Online selepas malam kemuncak Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36) baru-baru ini.

Dalam pada itu, bintang drama My Stolen First Kiss itu berkata, perpisahan tersebut juga merupakan keputusan bersama dengan Yasmin dan memilih untuk tidak bermasam muka meskipun hubungan cinta sudah terkubur.

“Saya kalau boleh tak mahu meletakkan kesalahan ada mana-mana pihak, perpisahan ini keputusan bersama.

“Kami masih berhubung, kadang-kadang anak-anaknya ada hubungi dengan panggilan video saya sebab rindu. Mereka kata nak jumpa, lepas ABP ini, mungkin akan cari masa untuk bertemu dengan mereka.

“Hubungan saya dengan Yasmin pun masih baik, tidak bergaduh pun. Kalau tiada jodoh sekali pun, buat apa nak bermasam muka atau bermusuh sebab industri ini sangat kecil,” ujarnya.

Sama seperti pasangan putus cinta lain, dia mengakui berasa sedih apabila hubungan yang dibina selama tiga tahun terlerai.

“Sejujurnya memang ada rasa sedih sebab kami sudah bercinta selama tiga tahun, namun pada masa sama tak mahu buang masa dan perlu ‘move on’.

“Tuhan Maha Perancang, satu nikmat diambil dan pasti akan diganti dengan perkara lebih manis lagi.

“Bagi saya, kita hanya mampu merancang dan kalau sudah terjadi. Doa yang baik-baik. Mungkin perancangan saya ini tidak sehebat aturan Tuhan, jadi berserah sahaja,” jelasnya.

Enggan larut dalam emosi sedih, Alif berkata, dia kini mahu memberi fokus sepenuhnya terhadap kerjaya seni.

Alif bagaimanapun bersyukur perkara itu mengelak dirinya daripada melalui fasa kesedihan melampau sehingga menjejaskan kesihatan mental.

“Ketika ini lebih kurang fasa ‘healing’, saya memang teruskan hidup macam biasa. Pada awalnya memang rasa sangat sedih tetapi saya beri fokus utama pada diri sendiri dan kerja yang setakat ini tak berhenti.

“Mungkin kalau saya tiada kerja ketika ini (fasa putus cinta), mungkin keadaan kesihatan mental akan terjejas. Apa pun syukur semuanya berjalan dengan baik,” tuturnya.

Terdahulu, teka-teki mengenai statusnya tercetus apabila Alif hadir seorang diri pada malam kemuncak ABP36 tanpa ditemani Yasmin.

Untuk rekod, Yasmin mendirikan rumah tangga dengan Sha’arin yang juga pemain dram Blackrose pada 2015 dan berpisah selepas 10 tahun berkahwin berpunca daripada tiada persefahaman.

Perkahwinan mereka diserikan dengan dua cahaya mata lelaki iaitu Noah Ismail Wong, 10 dan Eissa Elzander Wong kini berusia tujuh tahun. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI