fbpx

Dua penyeludup lari tinggalkan 26 ekor lembu di tebing Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian lembu seludup yang dirampas semasa anggota tentera menjalankan rondaan rutin di kawasan tebing Sungai Golok dekat Tanah Merah semalam. FOTO IHSAN DUA DIVISYEN

TANAH MERAH – Hajat dua penyeludup untuk mengaut keuntungan hasil jualan sebanyak 26 ekor lembu bernilai RM130,000 tidak kesampaian apabila kegiatan mereka dihidu oleh anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) di tebing Sungai Golok, di sini semalam.

Serbuan dijalankan kira-kira pukul 1.15 pagi semasa anggota tentera menjalankan rondaan rutin di Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia (KTJ 8 Bgd) di sini.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (Dua Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, anggota bertugas mengesan dua lelaki sedang menyeludup lembu dari Thailand melalui pangkalan haram dengan merentasi Sungai Golok.

Menurutnya, kedua-dua suspek terus bertindak melarikan diri ke negara jiran dengan merentasi Sungai Golok selepas menyedari kehadiran anggota tentera.

“Pemeriksaan di kawasan tebing sungai menjumpai sebanyak 26 ekor lembu yang dianggarkan bernilai RM130,000 telah ditinggalkan oleh penyeludup berkenaan.

“Satu laporan polis berkaitan rampasan haiwan ternakan itu telah dibuat di Balai Polis Nibong di sini untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kesemua lembu itu diserahkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Rantau Panjang untuk tindakan lanjut.

Katanya, TDM akan terus komited dalam menjamin keselamatan sempadan negara dan tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI